Monday 24 August 2015

CERPN SULUNG

ASSALAMUALAIKUM GAISS.. lamakan aku menyepi.. heee... saja jaa menyepi lama-lama.. sebab nak selesaikan apa yang patut. and now aku dah selamat melanjutkan pelajaran kat UniKL BMI ( British Malaysian Institute).. aku sambung balik course aku masa dekat sekolah dulu.. hmmm ok lah.. actually aku nak share cerpen first yang aku buat.. saja jaa bosan-bosan kan.. hope u enjoy reading it.. thank you.. maaf yaa.. tajuk tak dapat dikenal pasti lagi..


       Persahabatan kadang kala tidak mengenal jarak dan sikap seseorang itu. Anisa seorang gadis yang sangat polos berasal dari kalangan keluarga yang sederhana, datang mendaftarkan diri di sebuah universiti tempatan. Di situ bermulalah perjalanan dia sebagai seorang mahasiswi di UiTM Puncak Alam. “Hmmm. Mak esok kakak dah kena daftar diri masuk u. Mak doakan kakak dapat capai impian kakak eh. Kakak nak buat mak dengan ayah bangga dengan kakak. Kakak nak bawak mak dengan ayah jejakkan kaki di tanah suci suatu hari nanti.” Anisa menyatakan hasratnya ketika tangan lincah melipat pakaian untuk dibawa.
     Mak Yati yang sedang membantu Anisa mengemas pakaian tersenyum sambil berkata. “ Mak sentiasa doakan kejayaan anak-anak mak. In shaa Allah kalau niat kita untuk menuntut ilmu tu betul dan ikhlas. Allah akan permudahkannya. Mak yakin kakak akan berjaya.” Sebak Anisa mendengar apa yang di katakan oleh ibunya. Di samping itu, ayahnya, pak Adam yang sedang menonton televisyen tersenyum mendengar perbualan dua beranak itu. Lalu, dia bangun duduk di samping anak sulung mereka sambil mengusap kepala anaknya itu. “ Ayah pun sama Nis. Ayah akan doakan anak ayah ni berjaya dunia dan akhirat. Cuma satu ayah nak pesan. Nis kena sentiasa ingat asal usul kita. Nis kena pandai jaga diri. Kita bukan berasal dari keluarga yang senang dan ilmu adalah harta yang sangat berharga untuk kehidupan kita. Kalau Nis pegang kata-kata tu, In shaa Allah Nis akan sentiasa dilindungiNya.”
     Anisa menganggukkan kepala dan memeluk kedua-dua orang tuanya. Usai mengemaskan pakaian Anisa masuk ke bilik adiknya. Di melihat adiknya sedang nyenyak tidur. Oleh kerana tidak sabar untuk menghantar kakaknya pada keesokan harinya Aniq memberitahu maknya dia mahu tidur awal kerana takut terlewat bangun keesokan harinya. Anisa tersenyum melihat gelagat adiknya. Namun, di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sedihnya dia mahu meninggalkan keluarganya. Tetapi dia tetap cekalkan hati kerana semua itu untuk masa depan dia dan keluarganya juga.
     Hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Selesai urusan pendaftaran Anisa dibawa ke asrama tempat penginapan untuk setiap penghuni UiTM itu selama 3 tahun. Anisa di tempatkan di blok Mawar dan terdapat beberapa bilik di situ. Apabila Anisa melangkah masuk ke biliknya, dia mendapati ada tiga orang perempuan yang sebaya dengannya. Anisa melemparkan senyuman kepada mereka dan mereka membalas senyumannya itu. Dari situ dia mengetahui bahawa mereka adalah teman sebiliknya. “Assalamualaikum. Hai. Selamat berkenalan. Saya Nurul Anisa Iman. Awak boleh paggil saya Anisa kalau nak pendek lagi paggil Nis je.” Anisa memulakan perbualan. Salah seorang daripada mereka menjawab “Waalaikumussalam. Hai saya Darin. Ini Sofiya dan ini Izmira. Selamat berkenalan jugak.” Selesai sesi berkenalan dengan rakan sebiliknya, Anisa mengemas barang-barangnya sambil di bantu oleh ibunya.
     Detik-detik yang menyedihkan tiba juga. Akhirnya anisa terpaksa berpisah dengan keluarganya. “ Kakak ingat pesan mak eh. Jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan diri. Kakak dah duduk jauh dari mak dengan ayah. Sakit demam kakak, kakak kena urus sendiri. Mak yakin kakak mampu berdikari. Anak mak boleh jaga diri. Belajar elok-elok ya. Apa-apa telefon mak.” Ada air jernih yang bertakung di tubir mata mak Yati. “ Ish awak nih, anak tu bukan nak pergi mana pun. Dia nak menuntut ilmu. Bukannya dia nak pergi berperang pun. Lagi pun dalam Malaysia jugak. Nanti ada masa terluang kita datang lah melawat. Bukan jauh pun Melaka dengan Shah Alam ni. Dah-dah, jangan nak sedih-sedih. Nis ayah dengan mak balik dulu yer. Ada apa-apa telefon kami ya. Jaga diri. Assalamualaikum” pesan ayahnya pula. “ Baik ayah. Mak, mak janganlah sedih-sedih. Kakak janji kakak akan jaga diri dan ingat semua pesan ayah dengan mak. Mak dengan ayah pun jaga diri ya. Doakan kakak kat sini. Kakak janji kakak akan selalu telefon mak dengan ayah. Tapi mak dengan ayah jangalah tunggu kakak telefon pulak. Nanti kalau kakak sibuk kakak tak dapat telefon mak dengan ayah sedih pulak. Adik, jaga mak dengan ayah eh. Adik pun belajar rajin-rajin eh. Apa-apa telefon kakak. Ayah bawak kereta elok- ya. Sampai telefon Nis. Waalaikumussalam.” Balas Anisa.
     Hari ini bermulalah kuliah pertama Anisa dan rakan- rakannya. Selepas seminggu berorientasi, Anisa berkawan rapat dengan Darin, Sofiya dan Izmira. Mereka saling bantu membantu antara satu sama lain. “ Darin. Jom pergi kafe. Aku lapar lah. Pagi tadi aku tak sempat nak sarapan. Heee. Kan aku terlewat bangun tadi.” “ Hah. Jom. Aku pun lapar jugak. Pagi tadi aku sempat makan biskut kering je sekeping.” “ Eh.. jap-jap. Fiya dengan Mira mana??” “ ooh. Dorang pergi teman Yan dengan Is pergi jumpa Dr. Yana. Dorang nak tanya apa tah pasal subjek tadi.” Ooh. Okay okay. Jom kita pergi dulu.”
     Ketika mereka sedang sibuk menjamu selera datang seorang lelaki yang tak dikenali menegur mereka berdua. “ Hmm. Hai. Boleh saya berkenalan.” Anisa dan Darin terkejut lalu mereka melihat gerangan yang menegur mereka itu. Lalu Anisa menjawab “ Errr... awak ni siapa. Dan kenapa tiba-tiba awak nak berkenalan dengan kita orang. Ramai lagi kan orang yang awak boleh berkenalan.” Darin mencuit lengan Anisa sambil membulatkan matanya yang berwarna coklat itu “ hishhh. Kau ni kenapa cakap macam tu. Dah dia nak berkenalan dengan kita. Mungkin dia nak berkawan dengan kita. Hai. Saya Darin. Panggil Rin jerr. Ni Anisa.” “panggil Nis jerr.” Anisa menjawab. Lelaki itu tersenyum. “ Saya Afiq Ashraf. Awak boleh panggil Raf jerr.. hemmm. Sedap nama korang. Tapi saya nak jawab jugak lah soalan Nis tadi. Yaa memang ramai orang kat sini. Tapi saya nak berkenalan dengan korang sebab saya tengok korang ni boleh di buat kawan. Bukan maksud saya yang lain tak boleh di buat kawan tapi korang ni saya tengok macam unik.” “ Unik?? Apa yang uniknya. Kami pun manuisia jugak. Bukan alien pun.” Anisa membalas. Dia curiga dengan lelaki itu. Itulah salah satu sikap Anisa suka berprangsangka buruk dengan orang. “ Hahaha. Saya tak cakap pun korang alien. Ya lah korang unik. Korang tak macam orang lain. Haihh. Saya pun tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi memang saya ikhlas nak kawan dengan korang. Hmm. Ok lah. Saya ada kelas. Nanti kalau kita terjumpa lagi, kita borak panjang-panjang lagi eh. Assalamualaikum." “ Waalaikumussalam.” Mereka menjawab serentak.
     Selesai makan, mereka berjalan beriringan pulang ke bilik. Hal ini kerana, kelas pada hari itu dibatalkan pada saat-saat akhir. “ Kenapa kau layan mamat tu macam tu tadi. Kesian dia aku tengok. Dia betul- betul nak kawan dengan kita.” “ Tak lah. Aku pelik jer tiba-tiba datang nak berkenalan dengan kita. Entah- entah dia ada niat lain  haa. Mana lah kita tahu dalam hati dia tu ada apa kan.” “ Kau ni suka paranoid sangat lah Nis. Aku rasakan mamat tu suka kat kau lah Nis.” “ Ish apa kau merepek ni Rin. Jangan nak mengarut sangat eh. Aku malas lah nak fikir semua benda-benda tu. Baik aku fikir formula elektrik yang makin berbelit-belit tu. Lagi berfaedah.” "Ya lah. Aku tengok tadi masa dia tegur kita. Mata dia asyik tengok kau jerr.. Kau jerr yang tak perasan, khusyuk sangat makan.” “ Dah- dah Rin. Aku tak nak dengar kau merepek benda-benda macam ni lagi eh. Sekarang ni aku nak balik bilik. Aku nak mandi, solat pastu aku nak tidur. Petang nanti aku nak keluar jalan-jalanlah. Bosan asyik dok kat dalam bilik jerr. Kau teman aku eh. Malam nanti kita study sama-sama. Eh. Eh.” Anisa membuat muka kasihan. Darin menjeling kemudian dia senyum dan mengangguk tanda setuju. Dia pun setuju dengan pendapat Anisa tu. Dalam dua tiga hari ni mereka asyik sibuk dengan tugasan yang diberikan. Tu baru seminggu kat situ. Macam manalah 3 tahun lagi. Hmm apa-apa pun mereka tetap kena bersabar dan berusaha. Kerana itulah yang akan menjamin masa depan mereka. Bak kata pepatah ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’.
    Sampai ke bilik mereka mendapati dua orang rakan mereka sedang enak dibuai mimpi. Petang itu Anisa dan Darin mengajak Sofiya dan Izmira menyertai mereka. Mereka berempar bersiar-siar di tasik berhampiran untuk menghirup udara segar. “ eh Nis. Tadi Rin ad bagitau kami. Ada mamat tegur nak berkenalan dengan kau. Untung lah. Rin cakap mamat tu boleh tahan handsomenya. Hahaha.” Anisa mengjegilkan matanya ke Darin “ Pandai-pandai ja kan kau Rin. Mamat tu tegur kita berdua lah. Kau jangan nak putar belitkan cerita eh.” “ yalah dia tegur kita berdua. Tapi aku tengok dia lagi berminat dengan kau. Tapi kau yang buat donno jerr.” Izmira yang hanya sekadar mendengar sedari tadi menyertai perbualan mereka “ “ Tak baik oo Nis kau buat mamat tu centu. Tah-tah dia betul nak kawan dengan kau. Kau dah hampakan perasaan orang. Dah berdosa dah tu.” “ Ish korang ni. Jangan nak mengarutlah. Mana aci korang 3 lawan aku sorang. Malaslah aku nak fikir pasal mamat tu. Kita keluar nak tenangkan fikiran. Korang jangan nak serabutkan otak aku suruh fikir pasal mamat tu pulak eh. Aku tak berminat.” Balas Anisa. Rakan-rakannya terseyum sesama mereka melihat gelagat Anisa. Mereka sangat kenal dengan perangai Anisa yang tidak suka bercakap mengenai lelaki itu. Walaupun baru seminggu mereka mengenal Anisa. Mereka sudah mengetahui perangai Anisa yang satu itu.
     Masa berlalu dengan pantas. Siapa tahu sudah 5 bulan mereka berada di universiti itu. Yang paling menarik, Anisa dan Ashraf semakin rapat. Rakan- rakannya yang lain seronok melihat mereka berdua seperti pinang di belah dua. Namun begitu, Anisa tiak pernah mengabaikan pelajaran dia. Dia dan Ashraf saling bantu membantu antara satu sama lain dalam pelajaran. Meskipun belajar berlainan jurusan. Ada sesetengah subjek mereka sekelas. Tetapi di sebalik kebahagiaan mereka ada hati yang terluka. Siapa tahu dalam diam Izmira ada menyimpan perasaan terhadap Ashraf. Tiada siapa yang tahu akan hal itu. Melihat kemesraan Anisa dan Ashraf, Izmira merasa hatinya bagai disiat-siat. Tetapi dia menyimpan kemas perasaannya itu.
     Siapa yang mampu melihat lelaki yang dicintai bergembira dengan perempuan lain. Izmira semakin meluat dengan Anisa dan mula menjauhkan diri daripada Anisa dan rakan-rakannya yang lain. Sofiya yang paling rapat dengan Izmira menyedari perubahan sikap Izmira itu kemudian menegur Izmira “ Mira kenapa aku tengok kau kebelakangan ni dah tak rapat dengan kita orang. Kau ada masalah ke? Kalau ada ceritalah dekat aku. Aku kan kawan baik kau.” “ Betul aku boleh cerita kat kau. Kau janji eh dengan aku. Kau jangan bagitau siapa-siapa pasal ni. Dekat Nis dengan Rin pun jangan eh.” “ Yaa aku janji.” Sofiya berjanji. “ sebenarnya aku sakit hati tengok Nis dengan Raf mesra dan rapat sangat. Aku sebenarnya dah jatuh cinta dengan Raf sejak pertama kali aku kenal dia dulu dekat kafe. Masa Rin kenalkan kat kita. Tapi aku tak sangka Nis yang dulu tu meluat sangat dekat Raf tu boleh rapat dan mesra macam sekarang. Nis tu cakap lain buat lain. Aku ingatkan betul lah dia tak suka dekat si Raf tu. Tapi rupa- rupanya dia bajet jerr jual mahal. Nak bagi Raf kejar dia. Aku sakit hati betul lah Fiya. Mula dari situ aku dah tak caya lagi kalau Nis cakap apa-pa pasal perasaan dia dekat Raf. Kawan konon. Aku tengok dah lebih dari kawan dah tu.” Akhirnya Izmira menceritakan segalanya kepada Sofiya. Dia dah tak sanggup lagi nak menyimpan perasaannya sendirian. Dia perlukan teman untuk meluahkan perasaan. Sofiya yang mendengar cerita Izmira terkejut. Dia tidak menyangka bahawa Izmira ada menyimpan perasaan cinta terhadap Ashraf. Dia hanya terdiam kerana tidak mampu berfikir apa yang perlu diperkatakatakan kepada Izmira. Patutlah dia perasan diantara dia dengan Rin sikap Izmira paling dingin terhadap Anisa. Dia perlu lakukan sesuatu.
        Setelah sekian lama Sofiya memikirkan jalan penyelesaiannya, dia mendapat satu solusi. Dia terpaksa melanggar janjinya dengan Izmira agar tidak menceritakan kepada orang lain akan perasaan sakit hatinya itu. Sofiya kemudiannya berjumpa dengan Anisa dan Darin untuk mencerikan segala-galanya. “ Hmmm. Weh korang. Aku kan. Sebenarnya kan. Hmmm” “ Apa yang banyak sangat kan kau ni Fiya?? Cuba cakap bagi terang sikit.. pening aku.” ujar Darin “ Okay okay. Macam ni cerita dia. Korang perasan tak yang Mira tu dingin jerr dengan kita semenjak dua menjak ni. Tambah-tambah dengan si Nis ni.” “ Aaah.. kita orang ada perasan jugak. Tapi kita orang ingat yang dia tu ada masalah. Kita orang diam jerr lah. Kenapa kau tahu ker penyebabnya??” “ Hmm sebenarnya si Mira tu marah dekat si Nis ni haa.” Anisa tercengang apabila namanya disebut sebagai penyebab perubahan sikap Izmira. “ Aku?? Kenapa weh?? Aku dah buat ap?? Bagitau aku Fiya.” “ Si Mira tu dah syok sangat dekat si Raf tu. Pastu dia tengok kau pun sekarang dah mula rapat dengan Raf. Dia cakap dulu kau tak suka tapi sekarang kau pulak yang paling rapat. Sebab tu yang dia marah sangat kat kau tu.” Anisa ternganga mendengar penjelasan Sofiya. Ketiga-tiga mereka diam melayan perasaan masing-masing sambil memikirkan apa yang perlu di lalukan. Terutamanya Anisa. Dia perlu melakukan sesuatu kerana masalah ini melibatkan dirinya juga.
        Tiga hari Anisa mengambil masa untuk berfikir dan dia telah membuat keputusan. Dia pergi menemui Ashraf. “ Raf. Boleh kita bincang sesuatu kejap. Sekejap jerr.” “ Ya Anisa. Awak nak bincang apa??” “ Hmmm.. saya lepas ni kita tak payah lah jumpa macam ni. Kita tak payah lah nak rapat macam sekarang ni. Kita buat haluan masing-masing.” Ashraf kebingungan mendengar permintaan Anisa. “ Tapi kenapa Nis. Apa salah saya? Saya ada buat awak sakit hati ker?” “ Eh tak. Awak takde buat salah apa pun dengan saya. Awak baik sangat dengan saya Raf. Tapi saya buat macam ni sebab saya nak selamatkan persahabatan saya dengan kawan-kawan saya. Saya tak nak disebabkan seorang lelaki persahabatan kami terputus. Saya harap awak faham maksud saya. Bagi saya kawan adalah segala-galanya. Tapi awak jangan risau kita tetap akan jadi kawan tapi mungkin tak serapat sekarang. Ok?? Hmm.. ok lah tu jerr yang saya nak bagitau awak. Saya pergi dulu.” “ Tapi Nis saya ikhlas kawan dengan awak.” “ Ya. Saya tahu tu. Saya tahu niat awak berkawan dengan saya memang ikhlas. Tapi saya buat ni untuk kebaikkan semua. Sya berharap sangat awak faham maksud saya. Lagipun saya tak nak disebabkan masalah macam mengganggu pelajaran kita semua. Saya datang sini untuk belajar sungguh-sungguh. Saya nak banggakan mak ayah saya. Saya senangkan mereka.” Selepas berkata demikian Anisa berlalu meninggalka Ashraf yang kelihatan sangat sedih. Namun Ashraf akur dengan keputusan Anisa. Ada benarnya apa yang Anisa katakan. Mereka ke sini membawa cita-cita yang perlu dijadikan kenyataan.
       Anisa kemudiannya pergi menemui Izmira untuk menjelaskan segalanya. “ Hmmm. Mira, boleh aku duduk??” Izmira melihat empunya suara lalu kembali tunduk melihat buku yang dipegangnya. “ Hmm. Duduklah.” Tanpa berlengah lagi Anisa meneruskan percakapannya. “ Aku sebenarnya ada benda nak cakap dekat kau. Aku tahu kenapa kau dingin dengan aku. Tapi Mira aku mintak maaf sangat-sangat. Aku tak tahu yang kau sukakan si Ashraf tu. Kalau aku tahu dah lama aku jauhkan diri dari dia. Aku tak nak disebabkan dia, kau dengan aku jadi bermassam muka macam ni.” Anisa menarik nafas lalu meneruskan apa yang terbuku di hatinya. “ Aku dah jumpa Raf dan aku dah selesaikan semuanya. Aku dah ambil keputusan untuk tidak lagi rapat dengan Raf. Tapi kau jangan salah faham. Aku buat semua ni sebab aku tak nak hilang kawan-kawan aku yang aku sayang. Apa sangatlah aku kehilangan lelaki daripada kehilangan sahabat yang macam korang. Aku sayang korang. Korang lah keluarga aku kat sini. Korang lah tempat aku luahkan perasaan.” Izmira terharu mendengar akan erkara itu. Dia tertunduk dan rasa bersalah. Bertapa bodohnya dia disebabkan seorang lelaki dia sanggup bermasam muka dengan sahabatnya sendiri. Dia lalu memeluk Anisa dan berkata, “ Aku yang patut mintak maaf Nis. Aku yang bersalah. Disebabkan seorang lelaki aku sanggup mngenepikan korang semua. Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku harap kau dapat maafkan aku dan kembali jadi kawan baik macam sebelum ni.” Anisa berasa senang akhirnya segalanya sudah selesai. Dia membalas pelukan Izmira. “ Aku dah maafkan kau. Jadi sekarang kita kawan eh.” “ Yaa kawan sampai syurga.”
        Sofiya dan Darin tersenyum dari jauh. Mereka berasa lega akhirnya keadaan sudah kembali sedia kala. Mereka mendekati Anisa dan Izmira. “ Haaa, macam ni laa yang kita nak. Aku suka tengok korang dah berbaik. Lega hati aku.” Rin berkata dengan senyuman. “ Betul-betul. Aku rasa seronok sangat kita semua dan jadi macam dulu.”
         Akhirnya, Anisa, Izmira, Sofiya, Darin, Izyan dan Noris berjaya menghabiskan pengajian mereka dan mereka telah berjanji tidak akan melupakan persahabatan yang mereka jalinkan sampai bila-bila. That what we call best friends for ever. Semoga persahabatan mereka kekal hingga ke jannah. Aamiin.